Kebersihan itu penting, kesihatan juga sangat penting.
Minggu ini Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (MAIM) menjalani aktiviti mingguan iaitu laksana program gotong royong di rumah asnaf kita, Makcik Sakdiah binti Kechot di Kg Kumpai Chenderah, Jasin.
Membersihkan kawasan rumah, mengecat, basuh lantai, dan tukar barang yang lusuh. Terima kasih masyarakat kampung yang membantu dan juga ahli sukarelawan yang sudi luang masa hadir meyingsing lengan membantu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." - hadis riwayat Bukhari.
FB : Aktiviti Mingguan Laksana Program Gotong Royong Di Rumah Asnaf