|

Anak-Anak Asnaf MAIM Telah Mengikuti Kursus Smart Learning

KAA 2

KAA 3

KAA 4

KAA 5

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Minggu ini anak-anak asnaf MAIM berumur 11 dan 12 tahun telah mengikuti Kursus Smart Learning selama 3 hari 2 malam bermula 23 Jun hingga 25 Jun 2023. Diadakan di Hotel Kaizen & Suites Banda Hilir merupakan anjuran Seksyen Pembangunan Insan MAIM dan pengisian program kepada kaedah pembentukan jati diri dan mendidik kecerdasan minda serta penerimaan pembelajaran yang lebih baik.
 
Seramai 90 orang perintis MAIM yang juga anak-anak asnaf hadir dan sangat ceria mengikuti kursus ini. Peluang ini sungguh bermakna bagi mereka dapat menikmati kemudahan dan keselesaan kursus di hotel, juga memberi tonik tambahan kecerdasan minda mereka.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Seksyen Mal, Ybrs Puan Rohaizah binti Abas. Insha Allah kursus dan bengkel seterusnya akan diperluas lagi di masa akan datang demi maslahat asnaf di negeri ini.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil."
- (Surah al-Nisa’ ayat 58)
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003726643

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN