Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Anak-anak Kompleks Fatimah Al Zahra MAIM (KAYFAZ) semalam dibawa makan angin sekitar MITC, tak jauh tapi seronok. Semua gembira je sebab dapat jalan-jalan ronda-ronda.
Mereka semua dibawa ke Pameran Hang Tuah yang masih lagi berlangsung di bangunan MITC Melaka, sekali sekala kita bawa mereka ni semua ke program manfaat.
Macam-macam infomasi dapat. Siapa Hang Tuah, sejarah kehebatan Hang Tuah dan kenali dengan lebih dekat pahlawan Melayu kita ni. Merupakan pahlawan Melayu terulung ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum tu, singgah sekejap ke Taman Botanikal untuk keluarkan peluh, riadah ringkas.
Alhamdulillah adik-adik kita dapat pelbagai maklumat, infomasi dan ilmu baru tentang sejarah kewujudan Hang Tuah dan hubungan dua hala bersama kerajaan besar pada masa itu.
Manfaat dikongsi bersama.
"Pemuda harapan bangsa, pemudi tuang negara."
FB: Anak-Anak (KAYFAZ) Ke Pameran Hang Tuah