|

Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bersama Politeknik Melaka (PMK) bekerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR)

 badan-sukarelawan-al-taqwa-maim-bsat-bersama-politeknik-melaka-pmk-bekerjasama-dalam-program-tanggungjawab-sosial-korporat-csr-1
 
badan-sukarelawan-al-taqwa-maim-bsat-bersama-politeknik-melaka-pmk-bekerjasama-dalam-program-tanggungjawab-sosial-korporat-csr-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selama 3 hari Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bersama Politeknik Melaka (PMK) bekerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di rumah asnaf Puan Norbaity binti Zakaria di Kampung Surau Batu Paya Dalam dalam DUN Ayer Molek.

Pembaikan bumbung rumah, sistem pendawaian elektrik dan mengecat semula rumah adalah kerja-kerja yang dilaksana bersama.

Juga pemasangan tikar getah baharu, dan perkongsian karpet baharu untuk keselesaan asnaf.

Kolaborasi ini akan diteruskan di masa akan datang bersama PMK khususnya kerja-kerja di lapangan bersama pelajar PMK dan ahli BSAT.

Terima kasih kepada Ketua Seksyen Pembangunan Insan MAIM, Puan Joriza binti Jauhari kerana sudi hadir pada majlis ringkas serahan cenderahati dan sumbangan kepada asnaf.

Semoga program ini menjadi titik tolak semangat kemasyarakatan dan kekitaan di pupuk kembali khususnya bagi generasi Y @ golongan muda masa kini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bersama Politeknik Melaka (PMK) bekerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR)

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003727258

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN