Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini, minggu rutin kami Badan Sukarelawan Al Taqwa MAIM (BSAT) turun padang santuni asnaf di DUN Pantai Kundor. Kali ini turut bersama ADUN Pantai Kundor, YB Tuminah binti Kadi.
Pakcik Mohd Amran bin Abu Hussain menghidap penyakit kanser esophagus tahap 4, beliau memerlukan bantuan katil dan lampin pakai buang dan juga susu kesihatan. Kita sampaikan bantuan yang diperlukan. Insha Allah akan kita perhalusi lagi bentuk bantuan lain yang sesuai untuk pakcik Amran.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.†- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
FB : Badan Sukarelawan Al Taqwa MAIM (BSAT) Turun Padang Santuni Asnaf Di DUN Pantai Kundor