Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini seramai 403 orang anak-anak asnaf DUN Ayer Molek menerima bantuan pakaian dan barangan sekolah. Disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.
Anak-anak asnaf kali ini menerima set pakaian sekolah, beg, kasut, songkok dan perkakas alat tulis. Setiap seorang menerima jumlah bantuan ini bernilai RM 350.00. Jumlah bantuan mungkin agak kecil namun sangat-sangat membantu meringan beban keluarga bagi anak-anak menghadapi sesi persekolahan akan datang.
Doakan segala urusan bantuan pakaian sekolah ini Allah SWT permudahkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” - Surah al-Naml ayat 40.
FB: Bantuan Pakaian dan Barangan Sekolah