|

BSAT Ziarah Asnaf

 

rahim1

rahim2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Rutin mingguan bersama Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) ziarah asnaf kita, encik Abdul Rahim bin Baharuddin yang kini terlantar dan tidak mampu mengurus diri. Akibat penyakit darah tinggi dan penyakit angin ahmar sejak 3 tahun lalu. Urusan diri banyak dibantu isterinya yang sentiasa memantau keadaan kesihatan suami. 

Tak buang masa, BSAT MAIM bantu segera menyediakan bantuan alat bantu pulih (electric hoist) bagi memudahkan urusan bersih diri asnaf kita. Alhamdulillah ini bantuan yang memang diperlukan keluarga ni. ringan dan mudahkan urusan mereka dan en Abdul Rahim juga menerima bantuan makanan bulanan, bantuan sakit terlantar (BST) secara bulanan, bantuan sakit kronik (BSK) juga secara bulanan dan bantuan persekolahan anak. Syukur sangat-sangat kami dapat bantu keluarga ni. terima kasih pembayar zakat semua.

Sabda Rasulullah SAW : "Tiada seorang Mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati walaupun terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh ALLAH SWT." - hadis Riwayat Muslim.

 

FB:  BSAT Ziarah Asnaf

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 06 November 2024, 03:50:54.

Jumlah Pelawat

003812458

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY