Dakwah Dan Kebajikan Kepada Muallaf Orang Asli Terus Dilaksana,
Bahagian Balai Islam MAIM kali ini, ke perkampungan orang asli dari kalangan Asnaf Muallaf di negeri ini. Walau seceruk mana dan pelbagai rintangan yang dihadapi, namun masyarakat orang asli dari kalangan Muallaf yang sentiasa menghadiri kelas-kelas agama yang ditetapkan Balai Islam dan sentiasa menjadi keutamaan Unit Dakwah dan Pengislaman.
Selain mengagihkan duit kelas-kelas agama yang dihadiri oleh Muallaf di kawasan penempatan tersebut, Unit Dakwah turut mengagihkan bantuan makanan asas kepada setiap keluarga Muallaf di beberapa perkampungan semasa ziarah ini dilaksanakan.
Semoga masyarakat orang asli di negeri ini akan lebih ramai dilembutkan hatinya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup seperti mana saudara-saudara mereka yang telah menjadi Asnaf Muallaf.
Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli Skuad Sukarelawan Balai Islam dan mempunyai kefahaman Islam yang baik serta boleh menyantuni Asnaf Muallaf boleh mendapatkan borang penyertaan sebelum atau pada 15 September 2023 di Bahagian Balai Islam MAIM.
FB : Dakwah Dan Kebajikan Kepada Muallaf Orang Asli