Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bin Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah berkenan mencemar duli menghadiri dan menyantuni anak-anak yatim di Rumah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAAS).
Baginda turut mencemar duli menyampaikan sumbangan Ramadan berbentuk wang tunai kepada 26 penghuni RAYSAAS dan 100 kg beras untuk manfaat bersama anak-anak yatim ini. Turut hadir meraikan Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Ceria dan gembira anak-anak ini dapat bertemu mata bersama Yang Teramat Mulia Raja Muda Tengku Amir Shah dan beramah mesra seadanya.
Menjunjung Kasih Tuanku...