Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Gerobok Rezeki Muallaf telah dilaksana sejak 2 tahun lepas ketika negara di landa pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.
Inisiatif ini bagi memberi ruang dan peluang kepada muallaf di negeri ini mendapatkan keperluan harian di Kompleks Darul Huda MAIM.
Telah ditambah baik dengan penyediaan keperluan makanan, hiasan kebersihan diri dan barangan kebersihan pakaian. Juga kit kecemasan ubat-ubatan.
Tak banyak tapi memadai untuk menampung keperluan muallaf mendapatkan keperluan harian mereka.
Majlis ringkas perasmian disempurnakan Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil.
Program gerobok rezeki ini juga merupakan cetusan idea Datuk Mufti bagi membantu golongan muallaf yang sangat-sangat memerlukan.
Bersama meraikan Pengurus Baitulmal MAIM, Ybhg Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Nasir bin Wahab.
Mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Melaka (GDM), BAKPIS, PERTIM, Hidayah Centre, PASMA & PIMM.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan inisiatif ini. Insha Allah akan diperhebat dan diperkembang luas.
Sama-sama kita jayakan dan pastikan muallaf yang memerlukan mendapat manfaat dengan sebaiknya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang barangan gerobok rezeki ini, boleh terus hubungi Balai Islam MAIM di talian 06-3373873.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).†(Surah al-Ma’idah, ayat 2)
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat
Source: Gerobok Rezeki Muallaf