Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Kunjung hormat Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Diskusi dan lawatan ringkas ini merupakan kerjasama startegik bersama beberapa buah agensi jabatan negeri bagi pelaksanaan persijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS).
Sebagai makluman umum MAIM telah melaksanakan sistem ABMS ini dan mengekalkan integriti dalam pelaksanaan tugasan dengan cekap dan berkesan.
Hadir meraikan delegasi Pengurus Baitulmal MAIM, Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).†Surah Al-Baqarah ayat 188.
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat