Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini kami di Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, menerima kunjungan hormat daripada Amanah Wakalah Sdn Bhd. (AWSB) yang juga merupakan entiti dibawah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB).
Perbincangan dua hala tertumpu kepada pengurusan dan pengendalian wakaf bersama kedua-dua agensi khususnya projek pembangunan yang memberi manfaat kepada umat Islam negeri ini. Perkongsian idea juga mampu memartabat kembali manfaat dan institusi yang di amanah dalam melaksana hartanah wakaf.
Turut bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Ustaz Hj Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Ahli Jawatankuasa Pengagihan Wakaf ASNB - MAIWP, Dr Hj Razali bin Othman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.
FB : Kunjungan Hormat Daripada Amanah Wakalah Sdn Bhd.