Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Amil dan juga ejen wakaf MAIM mengangkat tangan lafaz Ikrar Bebas Rasuah sambil disaksikan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Melaka (SPRM) Bahagian Pencegahan, Ybhg Tuan Mohd Haris bin Ibrahim. Hadir sama Pegawai Integriti MAIM, Cik Siti Sarah binti Mohd Sham.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh)." Riwayat al- Tabarani.
FB : Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Bagi Amil Dan Ejen Wakaf MAIM