Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Lawatan kerja ke Pulau Besar bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB. Datuk Rahmad bin Mariman bagi mengenal pasti projek pembangunan di pulau berkenaan menjadi titik tolak kepada konsep Patuh Syariah di masa akan datang.
Pulau berkenaan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri ini beristirehat bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Konsep pelancongan Patuh Syariah pastinya menjadi keutamaan bagi memastikan pembangunan pelancongan di pulau berkenaan berkembang seiring dengan syiar Islam.
Antara agensi yang terlibat pada lawatan kerja ini, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Perbadanan Muzim Melaka (PERZIM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Hadir sama Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Insha Allah usaha murni ini akan berjaya bagi memberi nilai tambah produk pelancongan berkonsep Patuh Syariah dan bersih dari segala kekotoran zahiri dan batani di negeri ini.
Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.†- Surah Ali-Imran ayat 19.