|

Majlis Lafaz Wakaf dan Penyerahan Cenderahati Kepada Pewakaf

 

lafaz wakaf

 

 

MAJLIS LAFAZ WAKAF DAN PENYERAHAN CENDERAHATI KEPADA PEWAKAF

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Wakaf : Satu Amal Mencipta Sejuta Manfaat | 6 Zulhijjah 1443H | 6 Julai 2022 | -::

Majlis lafaz wakaf dan penyerahan cenderahati kepada pewakaf yang mewakafkan tanah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Majlis dihadiri oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Hartanah, En. Norazmin bin Hussin dan Ketua Seksyen Wakaf, Puan Joriza binti Jauhari.

Antara pewakaf yang hadir pada majlis tersebut ialah :

1. Pn. Nur Atikah binti Yaakub yang mewakafkan tanah bagi Lot 880, Mukim Bukit Rambai, Daerah Melaka Tengah, Melaka yang berkeluasan 0.6004 hektar bagi tujuan SRA JAIM Batang Tiga Timur.

2. En. Adnan bin Md Hasin yang mewakafkan tanah bagi lot 370, Mukim Ayer Molek, Daerah Melaka Tengah, Melaka yang berkeluasan 0.1239 hektar bagi tujuan manfaat Masjid Al- Khairiyah, Kg. Ayer Molek.

3. En. Md Yusoff bin Mustamil, Jamilah binti Din dan Hamsiah binti Abd Latib yang mewakafkan tanah bagi Lot 918, Mukim Umbai, Daerah Jasin, Melaka yang berkeluasan 0.0649 hektar bagi tujuan tapak Surau Ahmadi, Sungai Sembilang.

4. En. Abd Latif bin Omar yang mewakafkan tanah bagi Lot 1084, Mukim Tanjong Minyak, Daerah Melaka Tengah, Melaka yang berkeluasan 509.6502 mp bagi tujuan manfaat Masjid Tanjung Minyak.

5. En. Baharuddin bin Lasim yang mewakafkan tanah Lot 2781, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka yang berkeluasan 1.592 hektar bagi tujuan tapak Masjid Nurul Iman, Kg Ulu Duyung, Bemban.

6. En Mohamad Rawi bin Ahmad yang mewakafkan tanah Lot 2985, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka yang berkeluasan 0.5253 hektar bagi tujuan Wakaf Am.

Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal : http://iwakaf.maim.gov.my/ dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.

 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 18 April 2024, 08:56:55.

Jumlah Pelawat

003724429

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN