Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hadirin ramai yang hadir meraikan Majlis Melaka Berselawat di Persiaran Jalan Merdeka Bandar Hilir sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2025 selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Diserikan dengan kehadiran TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan Ketua Negeri Melaka, YAB. Datuk Seri Utama, Ab. Rauf bin Yusoh,
Jutaan terima kasih kepada jemaah dan semua hadirin yang hadir, pastinya pahala berganda untuk kita semua.
Firman Allah SWT yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." -
Surah al-Ahzab ayat : 56.