|

Majlis Pengagihan Bantuan Ramadhan & Syawal Kepada Asnaf MAIM di DUN Ayer Molek, DUN Duyong dan DUN Lendu

BPRS12

BPRS14

BPRS13

BPRS15

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Alhamdulillah selesai untuk hari ini Majlis Pengagihan Bantuan Ramadhan & Syawal kepada asnaf MAIM di DUN Ayer Molek, DUN Duyong dan DUN Lendu.
 
Setiap penerima menerima bantuan berjumlah :
 
Asnaf fakir setiap ketua isi rumah - RM 400.00.
Asnaf fakir setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Asnaf miskin setiap ketua isi rumah - RM 250.00.
Asnaf miskin setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Bantuan fidyah - RM 150.OO seorang
 
DUN Ayer Molek.
Jumlah penerima seramai 322 orang terdiri :
Asnaf fakir - 7 orang penerima
Asnaf miskin - 315 orang penerima
 
DUN Duyong.
Jumlah penerima seramai 313 orang terdiri :
Asnaf fakir - 14 orang penerima
Asnaf miskin - 299 orang penerima
 
DUN Lendu.
Jumlah penerima seramai 185 orang terdiri :
Asnaf fakir - 1 orang penerima
Asnaf miskin - 184 orang penerima
 
Alhamdulillah syukur atas bantuan dan nikmat yang diberi. Manfaatkan baik-baik...belanja memgikut keperluan elakkan nafsu kehendak. Bukan sengaja untuk dipanggil asnaf fakir atau miskin, bukan juga suka-suka kita gelar dan panggil mereka asnaf fakir mahupun miskin, namun itu lah hukum ketentuan Allah SWT dan dengan sebutan asnaf fakir dan miskin itu, kita iringi mereka doa untuk di beri mereka kesihatan, keupayaan dan kesejahteraan menjadi insan yang lebih baik dan pastinya tawaduk dengan segala syariat yang ditetapkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Dan tidak mustahil asnaf kita ini akan diberi rezeki yang lebih baik dan seterusnya menjadi pembayar zakat di masa akan datang...aminnn...jadi jangan lah kita bermain dengan hukum tanpa kita belajar, selidik dan tabayyun dengan mereka yang lebih arif...wallah a'lam...
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah Al-Taubah ayat - 60.
 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 09 Oktober 2024, 03:11:18.

Jumlah Pelawat

003801925

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY