Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah selesai untuk hari ini Majlis Pengagihan Bantuan Ramadhan & Syawal kepada asnaf MAIM di DUN Bukit Katil dan DUN Pantai Kundor. Disempurnakan oleh ADUN Pantai Kundor, YB. Tuminah Kadi, Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Penyelaras DUN Bukit Katil, Ybhg. Datuk Ridhuwan bin Tun Mohd Ali dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Setiap penerima menerima bantuan berjumlah :
Asnaf fakir setiap ketua isi rumah - RM 400.00.
Asnaf fakir setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Asnaf miskin setiap ketua isi rumah - RM 250.00.
Asnaf miskin setiap isi rumah - RM 100.00 seorang.
Bantuan fidyah - RM 150.00 seorang
DUN Bukit Katil.
Jumlah penerima seramai 431 orang terdiri :
Asnaf fakir - 13 orang penerima
Asnaf miskin - 418 orang penerima
DUN Pantai Kundor.
Jumlah penerima seramai 340 orang terdiri :
Asnaf fakir - 11 orang penerima
Asnaf miskin - 329 orang penerima
Alhamdulillah asnaf kita semua ceria dan sangat-sangat bersyukur dengan bantuan ini. Nampak tak banyak, tapi bagi mereka sangat membantu bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Manfaatkan sebaiknya ye...insha Allah kita jumpa di program seterusnya nanti...
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana†Surah Al-Taubah ayat - 60.