|

Majlis Penyerahan Bantuan Aidiladha

 

 

bantuanaidiladha

Alhamdulillah Majlis Penyerahan bantuan Aidil Adha Kepada Asnaf fakir, Miskin Dan Muallaf telah diadakan di Parlimen Masjid Tanah sebentar tadi. Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud hadir menyampaikan bantuan. Turut sama hadir ADUN Kuala Linggi, YB Tuan Rosli bin Abdullah, ADUN Ayer Limau, YB Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan ADUN Taboh Naning, YB Tuan Zulkiflee Datuk Seri Hj Mohd Zin.

Berikut adalah senarai penerima bagi Parlimen Masjid Tanah :

1. DUN Lendu : - 155 penerima
2. DUN Tanjong Bidara - 221 penerima
3. DUN Ayer Limau - 184 penerima
4. DUN Taboh Naning - 139 penerima
5. DUN Kuala Linggi - 251 penerima

Jumlah keseluruhan penerima - 961 orang penerima

Sekali lagi jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembayar zakat di negeri ini. Syukur atas nikmat iman dan Islam yang dinikmati sehingga kini. Sama-sama kita doakan semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak mampu membantu asnaf menikmati kerahmatan Aidil Adha yang menjelang tiba..

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728011

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN