Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Majlis Perasmian Penutup Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri yang juga Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Rahmad bin Mariman. Alhamdulillah, satu lagi majlis ilmu dapat kita kongsikan bersama hadirin yang hadir pada program Forum Wakaf bertajuk "Wakaf Satu Pelaburan Abadi". Juga diserikan dengan ceramah wakaf oleh Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd, Ybhg Datuk Dr. Zahazan bin Mohamed, Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Koordinatir Unit Zakat, Wakaf & Sedekah, UiTM Negeri Sembilan, Dr. Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman dan Pegawai Eksekutif Waqaf An Nur Coperation, PU Rahmat Ikhsan.
Ternyata konsep wakaf bukan sahaja berbentuk aset tidak alih namun telah di implimentasikan kepada wakaf secara tunai dan aset alih. Banyak infomasi, pemahaman kondisi wakaf di kongsi bersama dengan kerjasama MAIM, telah menyediakan pelbagai platform untuk masyarakat Islam agar lebih mudah untuk berwakaf. Turut disampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta kuiz wakaf secara dalam talian. Tahniah diucapkan kepada semua.
Tidak lupa juga, pewakaf yang mewakafkan harta dan wang mereka seikhlas hati demi maslahat umat Islam di negeri ini. Dirasmikan oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Tuan Rosli bin Abdullah. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr. Ridzwan bin Bakar. Jutaan terima kasih kepada pewakaf yang hadir di majlis ini, jasa dan pengorbanan yang diberikan amatlah dihargai dan MAIM insha Allah akan mandaatkan segala hartanah wakaf ini demi pembangunan sahsiah umat Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.