|

Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi Sinar Prihatin Peringkat Negeri Melaka

 majlis-perasmian-penutup-kursus-motivasi-sinar-prihatin-peringkat-negeri-melaka-1
 
majlis-perasmian-penutup-kursus-motivasi-sinar-prihatin-peringkat-negeri-melaka-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah, selesai Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi Sinar Prihatin Peringkat Negeri Melaka bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah.

Program selama 3 hari 2 malam merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Yayasan EZ Prihatin, Yayasan Mawaddah dan Yayasan Taqwa-MAIWP

Terima kasih kepada Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim sudi hadir merasmikan majlis perasmian penutup untuk kali ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah,Unit Hal Ehwal Murid,Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, En. Mohd Zulhijri bin Sabtu, CEO Yayasan EZ Prihatin, En Muaz bin Abdullah, CEO Yayasan Mawaddah, En Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan, dan Pengerusi Pertubuhan Prihatin Malaysia-WeCare, En Mohd Mohshen bin Jamaat.

Seramai 41 orang pelajar anak asnaf dan 198 pelajar bukan asnaf yang terpilih dari sekolah sekitar negeri ini ceria dan gembira menyertai program ilmiah ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya aktiviti riadah dan diskusi ilmiah bersama selebriti terkenal Saiful Apek (Kumpulan Senario), pendakwah muzikal, Daq Mie dan PU Rahmat...insha Allah program lanjutan ini akan diperhebatkan lagi di masa akan datang dengan kerjasama semua pihak yang terlibat...kepada adik-adik semua, tumpukan perhatian dalam pelajaran...tingkatkan ilmu pengetahuan...bak kata pepatah, tak kaya takpe, janji ilmu penuh di dada...

Firman Allah SWT maksudnya:

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. - surah al-Mujadalah ayat 11.

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Majlis Perasmian Penutup Kursus Motivasi Sinar Prihatin Peringkat Negeri Melaka

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Isnin 15 April 2024, 06:20:04.

Jumlah Pelawat

003720874

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN