Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Syukur dengan nikmat Islam dan iman pada hari ini seramai 5 pasangan pengantin saudara muslim telah dirai pada sebuah Majlis Pernikahan Dan Walimatul Urus Mualaf Negeri Melaka sebentar tadi di Hotel Ibis. Pasangan berkenaan telah selamat diijab kabul sambil disaksikan ahli keluarga terdekat mereka. Diraikan bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud. Setiap pasangan pengantin turut menerima cenderahati berupa barangan elektrik, saguhati wang tunai dan juga pakej percutian berbulan madu di Hotel Ibis. Keterujaan pasangan dimaniskan dengan kehadiran keluarga terdekat dan dapat menjamu selera di Hotel yang terkenal.
Tahniah kami ucapkan...Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan mempelai...semoga berbahagia dan semaian kasih kasih dirai hingga ke syurga...aminn...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya†- Hadis Riwayat al-Tirmidhi dan al-Nasa’i