Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
27Januari 2021 (Rabu)
Syukur dengan izin Allah hari ini Setiausaha MAIM, Ybrs. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) MAIM Daerah Alor Gajah meluangkan sedikit masa menyantuni asnaf di DUN Durian Tunggal dan DUN Rembia. Dalam suasana yang kritikal, berikutan pandemik Covid-19 di negeri ini, MAIM tetap tidak berdiam diri dan berpeluk tubuh, namun sentiasa mendepani dan menjiwai keluh resah asnaf yang memerlukan. Asnaf yang diziarahi, Makcik Salmah binti Samad, pakcik Abu Samah bin Hasan dan pakcik Md Shah Rin bin Ahmad menerima sumbangan wang tunai dan berasa bersyukur dengan bantuan yang diberi.
Pastinya, sumbangan itu akan digunakan sebaiknya bagi kegunaan seharian lebih-lebih lagi ada antara mereka yang sakit terlantar akibat serangan angin ahmar serta merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Kita doakan bersama semoga semua asnaf di negeri akan dilimpahi rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.
Jangan lupa ye semua, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Kita jaga kita...
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).†(Surah al-Ma’idah, ayat 2)