|

Menyantuni Mangsa Banjir

 
sumbangan musa ada
 
Alhamdulillah hari ini petugas Bilik Gerakan Musa'adah Pasca Banjir Agensi Agama Islam Melaka telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kit makanan dan air mineral kepada mangsa banjir di sekitar DUN Kuala Linggi.
Antara penduduk yang terjejas adalah anak-anak Kariah Paya Lebar dan Kariah Ramuan China Besar.
Seramai 27 buah keluarga terkesan akibat banjir besar baru-baru ini dan agensi agama telah menubuhkan sebuah bilik gerakan pasca banjir bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Telok Berembang yang akan beroperasi bermula 27 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022. Waktu operasi adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan bantuan banjir boleh terus hubungi bilik gerakan berkenaan di talian seperti tertera di poster.
Kepada semua, berhati-hati dan sentiasa waspada amaran hujan dan gelombang kedua banjir yang akan berlaku. Jauhi dari kawasan sungai yang melebihi paras merbahaya. Ingat, buaya pun dah mula naik ke jambatan darat ye...
Kita jaga kita ye semua...
ALLAH SWT berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 92).
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 20 November 2024, 07:20:58.

Jumlah Pelawat

003815819

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY