Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Menziarahi mantan imam Masjid Kampung Keling yang juga pesara kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), imam Ramli yang kini terlantar terbaring sakit dan tidak mampu mengurus diri. Syukur anak-anak ada bersama banyak membantu mengurus keadaan imam Ramli kita ni.
Kini tidak mampu bertutur dengan jelas kesan penyakit yang di alami terbaring dan terlantar. AllahuAkbar, imam inilah yang selalu mengimamkan solat 5 waktu di Masjid Kg Keling. Besar sungguh ujian yang dialami.
Sama-sama kita doakan kesihatan imam Ramli semakin baik. Sesiapa yang ada kesempatan dan kenal imam Ramli, boleh luangkan masa ziarah dan bertanya khabar. Semoga kita semua dalam rahmat Allah SWT sentiasa.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). APABILA DIA SAKIT, MAKA ZIARAHILAH DI. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” - Riwayat Muslim.