Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi MAIM, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.
Hadir sama menghadiri mesyuarat ini, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Azhar bin Arshad dan Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil.
Semoga setiap keputusan pada mesyuarat ini akan memberi manfaat kepada syiar dan unat Islam di negeri bertuah ini.
Diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar RA bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Tiada seorang hamba yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menguruskan hal ehwal rakyat di bawah tanggungannya lalu tidak menunaikan amanah tersebut meskipun dengan hanya menyampaikan satu nasihat melainkan tidak dapat mencium haruman syurga.” - Riwayat al-Bukhari.
FB: Mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)