|

Pemberian Alat Bantu Pulih oleh Badan Sukarelawan Al-Taqwa

 
 
pemberianalatbantupulih
 
 
PEMBERIAN ALAT BANTU PULIH OLEH BADAN SUKARELAWAN AL TAQWA
 
Alhamdulillah hari ini Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) dan Unit Pembangunan Insan (PI) telah menjalankan rutin menyantuni satu keluarga di Kampung Padang Temu, Melaka.
 
Dalam ziarah ini, Ketua Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT); Encik Muhammad Haziq Abdullah Thani dan Pegawai Seranta MAIM; Puan Normah.
Puan Esa Bonsu, 78 merupakan seorang ibu tunggal yang menghidap sakit strok, darah tinggi dan kencing manis sejak tahun lepas.
Sejak daripada itu, beliau kini hanya bergantung kepada susu Nutrient Optimum dan memakai pampers sepanjang masa serta bergerak dengan menggunakan kerusi roda sahaja.
 
Dalam kunjungan ringkas ini, pihak BSAT telah bertanyakan khabar beliau sekeluarga dan turut menyampaikan sebuah katil boleh laras, 4 tin susu Nutrient Optimum dan 2 kotak pampers bagi kegunaan beliau.
 
BSAT juga akan bekerjasama dengan Agihan Zakat Melaka Tengah bagi memberikan bantuan yang bersesuaian kepada beliau untuk menampung kos perbelanjaan susu.
Didoakan semoga keluarga ini tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan kehidupan serta sentiasa dipermudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
Jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri ini.
 
Tanggungjawab anda, amanah kami.
 
Firman Allah S.W.T dalam Surah at-Taubah, ayat 60 yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
 
 
Disediakan oleh:
Muhammad Fitri bin Shahrom
Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM.
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 18 April 2024, 08:56:55.

Jumlah Pelawat

003724716

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN