|

Pemberian Tablet kepada Rumah Anak Yatim KAYFAZ

 
penyerahan tabletkayfaz
 
 
Sebentar tadi berlangsungnya majlis ringkas serahan 25 unit tablet kepada pengurusan dan penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zahra (KAYFAZ) MAIM.
Disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustazah Shakina binti Mohd Said kepada wakil pengurusan KAYFAZ.
 
Tidak lain tidak bukan tablet berkenaan boleh dimanfaatkan oleh penghuni KAYFAZ dalam mengikuti pembelajaran dan pelajaran dari rumah secara digital terutama dalam musim-musim covid ini.
 
Bukan apa, sekarang ini semuanya dihujung jari dan internet boleh diakses dimana-mana sahaja kita berada.
Perkara baik dimanfaatkan pastinya cantik dan baiklah hasilnya.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.
Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana." - Surah al-Baqarah, ayat 220.
 
 
Oleh : Erwin bin Abu Hasan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
& Ahmad Fadhli bin Jamaludin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 18 April 2024, 08:56:55.

Jumlah Pelawat

003724703

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN