Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah penyampaian sumbangan cek kepada 11 buah masjid , surau dan madrasah sekitar negeri ini bagi tujuan pembaikan, baik pulih dan penyelenggaraan. Disempurnakan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman.
Disaksikan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Manfaat ini digunakan sebaiknya untuk maslahat jemaah dan ahli kariah.
Sehingga Julai tahun ini, MAIM telah memperuntukan sejumlah RM 946,000.000 kepada 39 buah institusi agama negeri ini bagi semua aktiviti berkaitan pembaikan mahupun penyelenggaraan.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."