Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Selesai hari ini menyampaikan sumbangan tunai kepada mangsa rumah terbakar, Puan Robiah binti Salidin di DUN Pantai Kundor. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Skuad Al-Taqwa MAIM turut sama hadir melihat keperluan dan bantuan lain yang diperlukan oleh Puan Robiah. ADUN kawasan Pantai Kundor, YB Tuminah binti Kadi juga hadir sama hadir dan santuni Puan Robiah.
Di peringkat MAIM, insha Allah sebarang bantuan yang sesuai akan diperhalusi secepat mungkin khususnya penempatan sementara sehingga baik pulih rumah selesai dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.
Semoga Puan Robiah sabar dan tabah menghadapi ujian besar ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.†Surah Al Insyirah ayat 5- 6.