Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Hari ini kami menerima kehadiran delegasi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Syukur Alhamdulillah disambut mesra Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Ketua Seksyen Wakaf & Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas. Perbincangan dan perkongsian utama tadbir urus berkaitan hartanah wakaf kedua-dua pihak khususnya melibatkan perkhidmatan saham wakaf tunai.
Terima kasih kepada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pelaburan MUIS, Ybrs Tuan Putera Alif Al'ain bin Jasni dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Baitulmal MUIS, Ybrs Ustaz Abdul Manan bin Abdul Hafid sudi hadir bersama delegasi ke pejabat kami.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim.†(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)