Perbincangan ringkas bersama delegasi pegawai syarak Masjid As-Syuhada', Kem Terendak sebentar tadi. Tertumpu kepada proses pembangunan tanah wakaf khususnya tanah perkuburan masjid berkenaan untuk maslahat penduduk kariah.
Bersama sebentar tadi Setiausaha MAIM, Ybhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Pengerusi Masjid, Ybhg. Tuan Kolonel Haji Zulkefly bin Md Kasim. Insha Allah segala kemusykilan dan hasil perbincangan dipermudahkan Allah SWT dan hasilnya akan dicapai bersama demi anak-anak kariah.
ALLAH SWT berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 92).