Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Syukur dengan izin Allah SWT dapat bersama kita hari ini, pewakaf yang hadir melaksana lafaz wakaf di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Seramai 7 orang pewakaf, berbesar hati dengan niat untuk mewakafkan sebahagian harta mereka demi manfaat umat Islam di negeri ini. Bersama menerima lafaz wakaf Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Turut meraikan majlis mulia ini, Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
Diserta bersama senarai lafaz wakaf tanah :
- lot 38 GMM 1, lot 50 GMM 10, lot PT 7 HMM 1 Mukim Pekan Sempang Bekoh - wakaf am
- lot 302 GMM 316, Mukim Pernu - tapak tambahan Tanah Perkuburan Islam Kg Bukit Kechil Pernu.
- lot 1839 GMM 376 Mukim Sungei Baru Tengah - tapak perkuburan Islam Kariah Tg Bidara.
- 3766 GMM 1987 Mukim Sg Rambai - manfaat Masjid Ar Rahman Parit Gantung, Sg Rambai.
- 1437 GMM 812 Mukim Ramuan China Kechil manfaat Masjid Ubudiah, Ramuan China Kechil.
- 1524 GMM 1203, Mukim Umbai - manfaat Masjid Al- Abrar Karoah Seri Minyak.
- 2156 GMM 1121, Mukim Ayer Pa'abas - tapak Surau Hj Othman, Bukit Apit Alor Gajah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261
FB : Perlaksaan Lafaz Wakaf di Majlis Agama Islam Melaka