|

Program Gotong-Royong Rumah Asnaf Dun Kuala Linggi

royong 1

royong 2

royong 4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai Program gotong-royong di runah asnaf, di Kampung Baru Kuala Linggi. Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT), Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah (SAZ) dan penduduk setempat.

Ramai dapat hadir hari ini join membersih dan mengemas rumah asnaf, puan Zainun binti Ismail.Kita potong rumput dan kemaskan rumput yang menjalar kat pagar...mesin rumput dan sapu sampai bersih.

Yang dalam rumah kita kemas dan basuh sebersih-bersihnya, mana perkakas dapur dan rumah yang masih boleh guna kita lapkan sehingga bersih.

Kita juga sampaikan sumbangan katil boleh laras, lampin pakai buang dan kerusi roda bersaiz besar untuk kegunaan puan Zainun. Kemudian kita catkan rumah dengan cat baru. Bukan apa, nak nampak lebih berseri. Tikar getah pun kita sediakan untuk keselesaan puan Zainun berehat dan tidur.

Semuanya tadi berjalan dengan baik dan Allah SWT permudahkan segala urusan program.

Sama-sama kita doakan puan Zainun sentiasa sihat.

"Ke bukit sama-sama didaki ke lurah sama-sama dituruni."

 

FB: Program Gotong-Royong Rumah Asnaf Dun Kuala Linggi

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 06 September 2024, 08:11:27.

Jumlah Pelawat

003789612

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY