Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Hari ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyertai program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Dewan MITC, Ayer Keroh. Dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh. MAIM turut membuka kaunter bagi sebarang urusan berkaitan perkhidmatan yang disediakan antaranya bantuan zakat dan pengurusan wakaf.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, YB Datuk Rahmad bin Mariman hadir menyantuni mereka yang hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan berkaitan keperluan semasa mereka. Hadir sama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Hadis Riwayat Bukhari)