|

Program Korban Perdana Mualaf Peringkat Negeri Melaka

 kuban1

kuban2

kuban3

kuban4

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

Alhamdulillah Program Korban Perdana Mualaf telah diadakan hari ini di Kompleks Darul Huda MAIM...

Sebanyak 8 ekor lembu telah selamat dikorban dengan kerjasama beberapa NGO Islam Mualaf negeri ini antaranya PERKIM, PERTIM, BAKPIS, PASMA, PDMM, PIMM, HCF dan IKRAM melalui Gabungan Dakwah Negeri Melaka (GDM). Turut sama membantu Badan Sukarelawan Al Taqwa MAIM (BSAT) dan MACMA...

Kita kongsi rezeki bersama mualaf...merasa dan menimba pengalaman melaksana ibadah korban...dari asas sembelih sehinggalah melapah, memotong dan menimbang daging....

Luang masa bersama gotong-royong menyiang daging, Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis...

Seronok bila dapat bersama-sama menikmati kemakmuran dan kebersamaan dalam melakasana program seperti ini...rapat ukhuwah, kenal makin rapat, rapat makin dieratkan...

Juga sama hadir Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil...

Insha Allah tahun depan ada rezeki lagi untuk saudara muslim kita...sebarang perkongsian untuk program ibadah korban mualaf, boleh terus hubungi Kompleks Darul Huda MAIM di talian 06-3372873...

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” - Surah Al Kauthar.

 

FB: Program Korban Perdana Mualaf Peringkat Negeri Melaka

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 15 Oktober 2024, 13:04:03.

Jumlah Pelawat

003803487

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY