Program Korban Perdana Muallaf Peringkat Negeri Melaka 1443H/2022M telah diadakan di Kompleks Darul Huda MAIM hari ini.
Anjuran bersama MAIM dan beberapa NGO Islam negeri ini dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MAIM (KADAR).
Dihadiri dan diserikan dengan kehadiran Setiausaha MAIM, Ybhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Pengagihan daging korban kepada asnaf muallaf di negeri ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu." Surah Al - Hajj ayat 3.