Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Alhamdulillah ramai hadir hari ini Program Seminar Keluarga Rahmah Daerah Melaka Tengah di Hotel Ames Ayer Keroh. Seramai 155 orang peserta terdiri daripada 55 keluarga asnaf hadir meluang masa bersama.
Terima kasih semua yang sudi hadir pada program ini, serta jutaan terima kasih kepada Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Amanat, nasihat, pandangan, perkongsian dan pengalaman di kongsi bersama asnaf yang hadir. Insha Allah manfaat sama-sama kita pastikan, anak-anak asnaf ini menjadi pemimpin masa depan yang berjaya dunia dan akhirat.
Diserikan lagi dengan taklimat pendidikan oleh Pensyarah Politeknik Merlimau, Tuan Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus dan juga penceramah jemputan kita, PU Fahrul. Program santai-santai tetapi banyak info yang kita dapati.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." - Surah al-Isra', ayat 7.
FB : Program Seminar Keluarga Rahmah Daerah Melaka Tengah