Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Alhamdulillah hari ini dapat bersama dalam Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Peringkat Zon Selatan di DUN Ayer Molek. Bersama hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB. Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad bin Mariman. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr Ridzwan bin Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Dato' Selamat bin Paigo. Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud juga sama luang masa hadir hari ini.
Kita mulakan dengan program kayuhan prihatin wakaf :
4 buah masjid dan sebuah minyak serta balai raya sebagai destinasi check point kali ini. Singgah, sembang santai sekejap, santuni asnaf dan sampaikan sumbangan ;
- Masjid As Salimin Kariah Kandang
- Pam minyak Petronas Ayer Molek
- Masjid Al Muzaffar Kariah Tambak Paya
- Balai Raya Kampung Surau Batu Paya Dalam
- Masjid Al Khairiyah Kariah Ayer Molek
- Masjid Al Abrar Kariah Balik Bukit.
Ramai peserta sertai pada kali ini, alhamdulillah lebih 600 orang hadir memeriahkan kayuhan dan merai kedatangan YB Menteri. Perjalanan kayuhan sejauh 22 km.
Jutaan terima kasih kepada agensi terlibat :
- Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)
- Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)
- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
- Jawatankuasa masjid
- Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- SWM Corporation
dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Insha Allah semoga program baik ini akan diadakan lagi di masa akan datang.
Rasulullah SWT memberi peringatan mengenai kesihatan dengan bersabda : "Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. - Hadis riwayat Bukhari.