Proses temuduga dan sesi pengambilan pelajar baharu untuk kemasukan ke Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAAS), milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Seramai 6 orang pelajar baharu telah berjaya dan terpilih memasuki RAYSAS dan pastinya kemudahan yang ada mampu memberi keselesaan kepada penghuni asrama. Bilik asrama selesa, bilik komputer pun ada...tapi tak boleh layan PUBG ye...insha Allah segala keperluan ada dan manfaakan lah dengan sebaiknya.
Kepada anak-anak penghuni RAYSAS belajar lah dengan sepenuh hati...jadi anak yang baik..anda adalah masa depan negara.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.
Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana." - Surah al-Baqarah, ayat 220.