Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
16 April 2021 (Jumaat)
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Skuad Agihan Zakat Melaka (MAIM) Cawangan Masjid Tanah turun ke lapangan menyantuni mangsa rumah yang mengalami kebakaran baru-baru ini di Kg Durian Daun Masjid Tanah. Rumah mangsa hangus dijilat api pada jam 3.00 pagi dan syukur kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tidak memgalami sebarang kecederaan. Pegawai Agihan Zakat Daerah, Ustaz Mazfazil bin Ismail turut memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku.MAIM turut menyampaikan wang tunai RM500 bagi meringankan beban mangsa.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.†(Surah at-Taubah : 60)