|

Santuni di DUN Ayer Limau Bersama ADUN Kawasan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer

5hamed 1

5hamed 2

5hamed 3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

5 buah rumah dan keluarga dapat kami santuni di DUN Ayer Limau bersama ADUN Kawasan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah melihat dan meneliti keadaan kesihatan dan kebajikan asnaf di DUN ini, sebagaimana tanggungjawab yang diberi kami tetap turun padang mencari asnaf yang memerlukan.

Dalam ziarah ini kami terus membuat bancian dan menilai bantuan yang sewajarnya perlu dibantu, kerana ramai antara mereka ni keadaan kesihatan yang semakin uzur, tempat tinggal yang turut perlu diberi perhatian.

Permulaannya SAZ bantu sampaikan kit makanan dan wang tunai untuk bantuan susulan akan dipertimbang dan diperhalusi. Insha Allah berkat hari Jumaat sumbangan ini dapat meringan sedikit beban mereka khususnya yang melibatkan kesihatan dan keperluan harian.

Yang mana sekiranya ada yang kami terlepas pandang, mohon pimpinan masyarakat untuk sama-sama panjangkan segera kepada kami untuk tindakan bantuan susulan. Seikat mampu mengukuh perpaduan yang erat.

Sabda Rasulullah SAW :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.” - Riwayat al-Bukhari.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB:  Santuni di DUN Ayer Limau Bersama ADUN Kawasan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 09 Oktober 2024, 03:11:18.

Jumlah Pelawat

003802384

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY