Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Mingu ini kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Jasin meluang masa menyantuni asnaf di DUN Asahan. 10 keluarga asnaf kita kunjungi bertanya khabar dan memastikan kebajikan mereka terjaga dan mendapat perhatian sewajarnya.
Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad hadir melihat dengan lebih dekat keadaan kesihatan dan kebajikan asnaf kita. Ada antara mereka diuji dengan kesihatan yang meruncing. Kesihatan yang kronik. Alhamdulillah MAIM diberi amanah dan kesempatan membantu mereka.
Yang mana terkurang perlukan bantuan tambahan kita SAZ MAIM akan nilai dan pertimbang sebaiknya.
Sebahagian asnaf kita hari ini pada asasnya menerima bantuan berbentuk makanan bulanan (BMB), bantuan sakit terlantar (BST), bantuan sakit kronik (BSK), bantuan anak sekolah (BAS) dan bantuan persediaan Ramadan dan bantuan Hari Raya Aidilfitri. Juga ada yang menerima bantuan alat bantu pulih antaranya lampin pakai buang dan kerusi roda.
Syukur dapat bantu mereka, ringan beban dan senyuman terima kasih itu yang mahal bagi kami. Jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat negeri Melaka, sangat-sangat menghargai kewajipan anda semua.
Sabda Rasulullah SAW :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.” - Riwayat al-Bukhari.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."
FB: SAZ Cawangan Jasin Meluang Masa Menyantuni Asnaf di DUN Asahan