Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Semalam kami Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah (SAZ MAIM) bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed sama-sama turun padang santuni adik Naira Mahdeeya binti Nor Afratsim berumur 10 tahun dan ke rumah asnaf Mohd Kahiril bin Ahmad Rimi yang mana isterinya kini menghidap kanser pangkal rahim tahap 4.
Adik Naira ni menghidap penyakit Malformasi Arterio Vena (AVM) sejak Ogos tahun ini dan akan menjalani pembedahan pada bulan November di Hospital Sungai Buloh. Dimaklumkan juga, tempurung adik ni perlu dibuang bagi mengelak penyakit ni ini lebih serius.
Seterusnya SAZ MAIM melawat ke rumah asnaf Mohd Kahiril bin Ahmad Rimi yang mana isterinya kini menghidap kanser pangkal rahim tahap 4. Beliau masih menjalani rawatan di Hospital Melaka dan kini masih mendapat rawatan ubat di hospital sama dan kos ubat juga amat tinggi.
Sangat sedih dan simpati melihat keadaan adik Naira, semoga En Mohd Kahiril dan isteri, adik Naira serta ibubapanya dapat mengharungi penyakit ini bersama-sama dengan redho dan ikhlas. Insha Allah bantuan MAIM berupa bantuan sakit kronik, sakit terlantar dan makanan bulanan akan disegerakan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. - surah al-Mujadalah ayat 11.