Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Alhamdulillah hari ini Seksyen Mal MAIM menyampaikan sumbangan 2 buah mesin monitor biolight di 2 buah klinik kesihatan negeri ini. Klinik Kesihatan Pengkalan Balak dan Klinik Kesihatan Sempang Bekoh menerima sebuah mesin tersebut untuk kegunaan pesakit dan pengunjung yang datang ke klinik berkenaan.
Majlis penyampaian di KK Pengkalan Balak disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan serahan di KK Sempang Bekoh dihadiri Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Mesin monitor biolight itu merupakan sumbangan dari dana Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh pihak MAIM. Untuk rekod, MAIM telah menyumbang kerusi berangkai dan kerusi batu kepada beberapa buah klinik kesihatan dan sekolah terpilih. Juga serahan komputer meja kepada beberapa buah SRA JAIM bagi kegunaan guru-guru dan pelajar.
Dan insha Allah MAIM melalui Seksyen MAL akan terus membantu agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan maslahat umat Islam di negeri ini dikongsi bersama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.†- Riwayat Muslim