Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Seminar Asas Keusahawanan disertai seramai 84 orang peserta terdiri daripada asnaf MAIM yang masih aktif di negeri ini. Merupakan anjuran Unit Pembangunan dan Usahawan Asnaf MAIM bagi memberi ruang dan peluang usahawan asnaf sedia ada mengembang baik perniagaan mereka. Pelbagai tips, nasihat, panduan dan kaedah pelaksanaan perniagaan di sampaikan oleh panel penceramah yang berpengalaman iaitu Syarikat Milagro. Perasmian disempurnakan oleh Ketua Seksyen Pembangunan Insan MAIM, Puan Joriza binti Jauhari.
Allah Taala berfirman bermaksud :
"Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang, dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." Surah Hud, (11:114)