|

Seminar Ngeteh Bersama Abang Beca

bec1

bec2

bec3

bec4

bec5

bec6

bec7

bec9

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Alhamdulillah syukur sangat-sangat hari ni dapat sempurnakan hajat Bahagian Wakaf & Mal MAIM ngeteh bersama abang-abang beca kita. Seramai 50 orang abang beca datang pada program. Terima kasih Persatuan Beca Warisan Negeri Melaka & Persatuan Abang Beca Negeri Melaka. 
 
Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi MAIM merangkap Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rahmad bin Mariman sudi hadir luangkan masa merasmikan program ni. Dengan perkhidmatan abang beca sebagai pemudah cara atau penyampai maklumat akan mempromosikan perkhidmatan baitulmal MAIM, lebih-lebih lagi pada tahun hadapan, Tahun Melawat Melaka.
 
Dengan hasil dana itu nanti, kita bantu mereka yang memerlukan. Fokus utama ialah pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan, dan pelajar IPT yang berada di negeri Melaka dalam golongan B40. Insha Allah kita tingkatkan lagi kerjasama bersama persatuan lain. 
 
Juga hadir, Pegawai Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Kita juga sampaikan sumbangan kepada abang beca berupa wang tunai dan kit makanan.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.

 

FB : Seminar Ngeteh Bersama Abang Beca

 

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003726643

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN