[DIARI SKUAD AGIHAN ZAKAT 23.10.2021]
Hari ini SAZ meneruskan rutin menyantuni masyarakat di beberapa lokasi di sekitar Duyong, Ayer Molek dan Bukit Katil.
Antara yang disantuni adalah sebuah keluarga yang kini dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19 dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir.
Didoakan semoga mereka kesemuanya diangkat darjatnya asbab dari musibah yang melanda mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Kami di MAIM akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh pembayar zakat untuk menyantuni dan membantu asnaf di negeri ini.