|

Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Melaka Tengah bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Menyantuni Asnaf di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang

 

 AGIH1

AGIH2

AGIH3

 

 

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
 
Syukur alhamdulillah hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Melaka Tengah (SAZ) bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Rizalman bin Syed santuni asnaf, pakcik Hj Adam Ibrahim di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang.
 
Kami serahkan katil boleh laras untuk keselesaan pakcik Adam berehat. Katil ini amat membantu pakcik Adam bangun dan duduk dengan lebih mudah, yang kini hanya mampu terbaring kerana menghidap penyakit angin ahmar dan tidak mampu untuk mengurus diri dengan baik.
 
Bantuan katil ini juga merupakan sumbangan daripada Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT).
 
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286.
 
 
 
 
 
 

 

 

FB : Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Melaka Tengah bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, menyantuni asnaf di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003726644

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN