Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini juga Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau menyelusuri menjenguk asnaf kita yang dalam keadaan uzur di Kampung Seri Minyak dalam kawasan DUN Serkam.
Pakcik Md Isa bin Embi dalam keadaan yang sangat uzur dan masih bujang juga tinggal seorang diri dan kurang mampu untuk mengurus diri sendiri.
SAZ MAIM terus dengan segera menyampaikan lampin pakai buang dan wang tunai dan juga akan mempercepatkan proses penyediaan katil boleh laras dan tongkat berkaki empat (walking frame) bagi memudahkan pergerakan pakcik Md Isa. Segala bantuan ini akan diurus sepenuhnya oleh Skuad Al-Taqwa MAIM dalam tempoh terdekat.
Sebagai makluman umum, SAZ MAIM akan terus turun padang setiap hari, setiap minggu bersama pemimpin masyarakat untuk mencari dan menjejaki asnaf yang memerlukan.
Sama-sama kita berganding bahu membantu mereka ini...tak orang tak kita, tak sekarang bila lagii...
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).†- Surah al-Ma’idah, ayat 2.
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat
Source: Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) menjenguk asnaf yang dalam keadaan uzur di Kampung Seri Minyak